12/3/10

saya cintakan kan awak dengan rasa bukan dengan kata

Aku seorang anak tunggal. Apa yang aku lakukan harus mendapat persetujuan keluarga sehinggakan tempat belajar pun keluarga yang tentukan. Namun begitu, aku akur. Siapalah aku untuk melawan ibu bapa sendiri. Aku mengambil jurusan kewangan di salah satu kolej swasta yang terletak jauh dari negeri kelahiran ku. Di sane aku telah bertemu dengan seorang jejaka yang menarik perhatianku. Kami mengambil jurusan yang sama namun kelas yang berlainan. Di sanalah bunga-bunga cinta terhasil. Terlalu banyak janji setia yang kami bina. Angan-angan yang lantas membuat aku merasakan dialah yang terbaik dalam hidupku. Khairul dan aku, seperti sudah tidak mampu untuk dipisahkan lagi.
Semasa aku berada di semester yang ketiga, suatu hari aku menerima panggilan telefon dari babah. Babah menyampaikan satu berita yang tidak mampu untuk aku terima. Aku cuma mampu menangis dan menangis. Sungguh, hatiku benar-benar tersiksa mendengar akan berita itu. Babah nak menjodohkan aku dengan seorang lelaki, anak kepada temannya yang baru pulang dari luar negara. Seperti biasa, sebagai seorang anak yang menurut sahaja kehendak ibu bapa, apalah lagi yang mampu aku katakan selain perkataan "ya" yang tidak lain tidak bukan telah meluruhkan semua perasaanku. Aku sayangkan khairul terlalu dalam. Namun perasaan itu terpaksa aku buang jauh.
Setelah bertunang, tidak pernah sekalipun aku dan bakal suamiku, Farhan berjumpa selain bersama keluarga masing-masing. Pernah juga aku dan Farhan bertembung di pusat membeli belah dan kedai makan. Maklum lah, bandar tempat dia bekerja dan tempat aku belajar adalah sama. Pernah juga kadang-kadang teman-teman mengusik apabila melihat Farhan di meja makan yang tidak jauh dari meja makan kami. Aku mampu tersenyum saja. Namun aku cuba juga curi-curi lihat manalah tahu dia juga sedang memandangku, namun aku cuma perasan sendiri. Aku bermain-main dengan perasaan sendiri. Walaupun aku tidak mampu melupakan Khairul, namun dalam masa yang sama aku cuba mencintai Farhan yang bakal menjadi suamiku. Namun usaha itu seakan-akan cuma datang dari pihak ku, Farhan seolah-olah tidak memperdulikan apa yang bakal kami tempuhi suatu hari nanti.
Setelah enam bulan menjadi tunangan Farhan, akhirnya hari pernikahan aku dan Farhan tiba. Ya, sepatutnya aku merasa bahagia namun hatiku bergelora. Sewaktu kadi bertanyakan adakah aku bersedia, aku seakan-akan ingin menggelengkan kepala. Namun pernikahan tetap diteruskan tanpa ada sedikit pun masalah. Akhirnya selamatlah aku menjadi isteri kepada Farhan. Walaupun dalam hatiku berbisik, Farhan tidak mencintaiku namun aku masih bersyukur kerana akhirnya hubungan kami menjadi halal.
Sewaktu dalam tempoh perkahwinan kami, Farhan jarang berbicara tentang hubungan. Dia hanya akan berbicara jika hendak keluar outstation, bertanyakan tentang perbelanjaan ku dan jika aku jatuh sakit. Namun itu sudah cukup membuatkan aku merasa senang dan gembira. Mama selalu cakap, orang yang menyayangi kita akan selalu memastikan kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan selesa. Apabila malam menjelang, di kamar tidur juga sunyi sepi.Tiada gurau mesra dari Farhan. Aku redha jika ini dugaan Allah padaku.
Sewaktu hari konvokesyen ku, semua kaum kerluarga menemani dan menyambut hari gembira itu bersama-samaku kecuali Farhan. Tidak mengapalah, mungkin kerja nya begitu penting dari hari gembiraku. Sewaktu aku dan teman-teman sedang sebok mengambil gambar, tiba-tiba Khairul datang ke arahku. Wajahnya seakan sugul. Aku mengambil keputusan untuk berbual-bual dengan Khairul. Die menceritakan hal kehidupannya setelah ketiadaan aku. Aku menangis! Ya aku sedih! Kalau lah aku berkahwin dengan Khairul pasti hidupku menjadi lebih bahagia dan ceria. Aku hilang arah.
Di rumah, aku sering memasak makanan yang digemari Farhan. Nyata, dia amat menyukai masakan ku. Begitulah kata orang tua-tua, air tangan isteri mampu memikat perut suami dan akhirnya memikat hati suami. Tersenyum aku mengingati kata-kata mama dan babah. Namun seperti biasa, farhan jarang sekali memberi respons. Aku hampa lagi.
Diam-diam aku sering keluar bersama dengan Khairul. Ya aku tahu, aku isteri yang derhaka namun aku benar-benar merindui kasih sayang seorang lelaki. Aku berdosa dengan Farhan. Setelah desakan demi desakan dari khairul yang meminta aku untuk bercerai dengan Farhan, akhirnya aku telah membuat keputusan yang muktamad. Aku mengambil keputusan untuk berbincang dengan Farhan tentang niatku itu. Kali ini biar saja aku yang membuat keputusan. Aku sudah besar, sudah tidak perlu meminta keputusan mama dan babah lagi.Setelah mendengar niat ku itu, Farhan hanya mengangguk, lalu dia bertanya sebab-sebab aku mahu berpisah. Lalu aku menceritakan kemahuanku, aku ingin dicintai, aku ingin sekali bergurau mesra dengan suamiku seperti orang lain. Mendengar kata-kata ku, Farhan tertunduk. menyesal mungkin bisik hatiku.
Tiba- tiba Farhan bersuara. " Apa yang saya tahu, ada seorang wanita yang begitu memikat hati saya sejak saya bersekolah di tingkatan lagi. Namun saya seorang yang amat pemalu hinggakan dia terlepas begitu saja. Sewaktu kami di tingkatan enam, saya memasuki kelas sains, kelas yang pelajar-pelajarnya tidak terlalu terkenal kerana digelar skema, namun dia pula menjadi kegilaan ramai jejaka. Saya cuba untuk menjadi begitu menonjol dihadapannya, nyata saya tidak mampu. Di situ saya terlepas lagi. Setelah habis belajar di luar negara, umi dan abi menyampaikan satu berita bahawa saya akan diikat dengan seorang gadis senegeri. Ternyata gadis itu adalah Sabrina, wanita yang begitu saya cintai sejak tingkatan 1 lagi". Begitu mendengar kata-katanya...aku terkejut. Lalu disambung lagi kata-katanya " saya dan awak berada di satu bandar yang sama namun kerana terlalu pemalu, saya tidak berani mengajak awak keluar bersama-sama saya. Mungkin awak sudah lupa, suatu hari ada seorang pelayan menunjukkan awak sebuah pinggan mi goreng yang telah habis, di atas pinggan yang berminyak itu terukir perkataan ' awak cantik hari ni'.....mungkin yang ini juga awak telah lupa, sewaktu teman-teman awak mengusik awak di kedai makan, lalu awak memandang ke arah saya...masa itu saya juga memandang ke arah awak cuma pada masa itu awak tidak nampak sebab terhalang dengan seorang kawan saya yang tubuhnya agak besar. Pada waktu itu, cinta dan hati saya hanya untuk awak. Setelah kita diijabkabulkan, saya mengucup dahi awak. Sewaktu saya mengucup dahi awak, saya berbisik sesuatu tapi awak tidak dengar kerana pada waktu itu hanya suara usikan sahaja yang kedengaran...awak tahu tak apa yang saya bisikan? Saya cakap yang saya sayangkan awak. Mungkin dalam tempoh perkahwinan kita, saya tidak pernah mengucapkan kata-kata sayang saya pada awak. Tapi sedar tak awak, tidak pernah ada sehari pun sewaktu awak tidur, kepala awak berada dibantal, ianya pasti berada di lengan saya. Ya! Saya mengangkat kepala awak ke lengan saya setiap kali awak tidur. Awak juga mungkin tidak sedar, setiap kali awak membuat kuih kegemaran saya, pada waktu itu tangan awak diselaputi oleh tepung, rambut awak terjatuh ke muka dan saat itu saya menyilak rambut awak kebelakang dengan penuh rasa cinta. Mungkin awak sudah lupa, sehari sebelum hari konvokesyen awak, saya ada menyatakan hasrat saya bahawa saya menginginkan seorang zuriat dari awak, tapi pada waktu itu awak sedang sebok mengemas pakaian awak sehinggakan suara saya itu seakan tidak didengari oleh awak". Kali ini air mata aku memang tidak dapat dibendung lagi, sedih sangat-sangat sedih. " Lihat luka di kepala saya ni, pernah tak awak tanya kenapa tiba-tiba kepala ni terluka?" Aku menggeleng... " Pada hari konvokesyen awak, saya cuba habiskan meeting secepat yang mungkin namun di pertengahan jalan, saya hampir-hampir saja terlanggar sebuah lori namun saya cepat mengelak lalu terlanggar penghadang jalan. Tapi awak, saya tetap pergi ke konvokesyen awak. Waktu saya sampai, saya nampak awak sedang gembira bersama dia".
"Saya mungkin terlalu pemalu untuk menyatakan rasa sayang saya pada awak dahulu, sehinggakan saya kehilangan awak. Tapi saya tidak mahu kehilangan awak buat kali yang kedua. Mungkin awak tidak sedar, perbuatan saya menunjukan bertapa kasihnya saya pada awak. Sabrina, saya mencintai awak bukan dengan kata namun dengan rasa".

Ya Allah, bertapa butanya aku! kini baru aku sedar, cinta itu bukan semata-mata dengan kata-kata namun cinta itu adalah rasa. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku tidak terlambat untuk tersedar. KITA TIDAK AKAN SEDAR APA YANG KITA MILIKI SEHINGGALAH IA HILANG DAN KITA TIDAK AKAN SEDAR APA YANG KITA RINDUI SEHINGGALAH IA DATANG.

No comments:

Post a Comment