4/27/10

padamu hatiku serahkan


pada keindahan ini,
aku tujukan cintaku padamu
pada keindahan ini,
aku lontarkan kasihku padamu
pada keindahan ini,
aku leraikan madah dukamu itu
pada keindahan ini,
aku taburkan kata-kata manisku

wahai hati,
aku teguh bersamamu
biar jauh kau terbuai dek mimpi-mimpi lena
biar getir kau dihanyutkan oleh ombak duka
biar pedih kau dihimpit lara

namun hati,
kau masih mampu melontarkan bisikan sayang
masih jua kau ingin bersama disisi ku
dan kau tak pernah jauh dari memberiku cintamu
selalulah tabah wahai hatiku

dan hati,
andai nadiku berhenti berdenyut
andai nafasku terhenti disini
andai nyawaku telah diragut
andai rohku berpisah dr jasad
aku tahu..
kau masih bersama-sama

kerana hati,
aku telah kau beri padanya
aku telah titipkan kau dipangkuannya
semoga hati ini
bahagia bersamamu
semoga kau mampu
untuk memiliki hati ini
selamanya.....

_nur ain_

No comments:

Post a Comment