12/30/10

tahun baru ni =(

hari ni aku lek ke umah sewa kecintaan aku,puncak alam.semalam baru je selesai meraikan kejayaan pasukan malaysia yg menjuarai piala AFF suzuki. memang dah dijangka..pasukan harimau mampu meratah daging garuda.tapi pujian terhadap penyokong indonesia dan pasukan indonesia.mereka juga amat garang di padang.apa pun...harimau malaya tetap no 1 dalam hatiku....tambah lagi keeper malaysia 2 memang hebat!!!huhuhuhu plus ensem...urm.....hari ni ade meeting.huhuhu....memang pedih hati tapi xpe la..biase la 2 kan.dah lame jugak tak tulis blog ni.tq 2 anna yg da tolong kemaskan blog aku..haha...janji nak blanje anna gula2 kapas =p tak lama je lagi kite akan melangkah ke tahun yg baru.tahun yg ternyata bakal menaikkan lagi umur aku dan tahun yg bakal menambahkan lagi dosa atau pahala aku....urm...ntah la...dalam hati bercampur baur...takut untuk menempuh hidup yg baru.memang takut sangat.tak tau apa yg bakal jadi pada umur yg bakal melangkah ke 22 ni. semoga Allah memanjangkan umurku hanya untuk membantu aku mengumpul sebanyaknya iman dan pahala.sebenarnya...azam tahun baru aku yang paling aku nak sangat tunaikan adalah....melupakan MOHAMAD ALIF FARHAN BIN AHMAD.ye!!!aku nak sangat lupakan die.dah tak tertahan lagi hati aku untuk mencintai manusia yg tidak mampu untuk memandang kesetiaan aku.takpe la...Allah maha adil..mgkin Dia ingin berikan aku yang lebih baik...maka patut pon aku lupakan die.

12/3/10

saya cintakan kan awak dengan rasa bukan dengan kata

Aku seorang anak tunggal. Apa yang aku lakukan harus mendapat persetujuan keluarga sehinggakan tempat belajar pun keluarga yang tentukan. Namun begitu, aku akur. Siapalah aku untuk melawan ibu bapa sendiri. Aku mengambil jurusan kewangan di salah satu kolej swasta yang terletak jauh dari negeri kelahiran ku. Di sane aku telah bertemu dengan seorang jejaka yang menarik perhatianku. Kami mengambil jurusan yang sama namun kelas yang berlainan. Di sanalah bunga-bunga cinta terhasil. Terlalu banyak janji setia yang kami bina. Angan-angan yang lantas membuat aku merasakan dialah yang terbaik dalam hidupku. Khairul dan aku, seperti sudah tidak mampu untuk dipisahkan lagi.
Semasa aku berada di semester yang ketiga, suatu hari aku menerima panggilan telefon dari babah. Babah menyampaikan satu berita yang tidak mampu untuk aku terima. Aku cuma mampu menangis dan menangis. Sungguh, hatiku benar-benar tersiksa mendengar akan berita itu. Babah nak menjodohkan aku dengan seorang lelaki, anak kepada temannya yang baru pulang dari luar negara. Seperti biasa, sebagai seorang anak yang menurut sahaja kehendak ibu bapa, apalah lagi yang mampu aku katakan selain perkataan "ya" yang tidak lain tidak bukan telah meluruhkan semua perasaanku. Aku sayangkan khairul terlalu dalam. Namun perasaan itu terpaksa aku buang jauh.
Setelah bertunang, tidak pernah sekalipun aku dan bakal suamiku, Farhan berjumpa selain bersama keluarga masing-masing. Pernah juga aku dan Farhan bertembung di pusat membeli belah dan kedai makan. Maklum lah, bandar tempat dia bekerja dan tempat aku belajar adalah sama. Pernah juga kadang-kadang teman-teman mengusik apabila melihat Farhan di meja makan yang tidak jauh dari meja makan kami. Aku mampu tersenyum saja. Namun aku cuba juga curi-curi lihat manalah tahu dia juga sedang memandangku, namun aku cuma perasan sendiri. Aku bermain-main dengan perasaan sendiri. Walaupun aku tidak mampu melupakan Khairul, namun dalam masa yang sama aku cuba mencintai Farhan yang bakal menjadi suamiku. Namun usaha itu seakan-akan cuma datang dari pihak ku, Farhan seolah-olah tidak memperdulikan apa yang bakal kami tempuhi suatu hari nanti.
Setelah enam bulan menjadi tunangan Farhan, akhirnya hari pernikahan aku dan Farhan tiba. Ya, sepatutnya aku merasa bahagia namun hatiku bergelora. Sewaktu kadi bertanyakan adakah aku bersedia, aku seakan-akan ingin menggelengkan kepala. Namun pernikahan tetap diteruskan tanpa ada sedikit pun masalah. Akhirnya selamatlah aku menjadi isteri kepada Farhan. Walaupun dalam hatiku berbisik, Farhan tidak mencintaiku namun aku masih bersyukur kerana akhirnya hubungan kami menjadi halal.
Sewaktu dalam tempoh perkahwinan kami, Farhan jarang berbicara tentang hubungan. Dia hanya akan berbicara jika hendak keluar outstation, bertanyakan tentang perbelanjaan ku dan jika aku jatuh sakit. Namun itu sudah cukup membuatkan aku merasa senang dan gembira. Mama selalu cakap, orang yang menyayangi kita akan selalu memastikan kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan selesa. Apabila malam menjelang, di kamar tidur juga sunyi sepi.Tiada gurau mesra dari Farhan. Aku redha jika ini dugaan Allah padaku.
Sewaktu hari konvokesyen ku, semua kaum kerluarga menemani dan menyambut hari gembira itu bersama-samaku kecuali Farhan. Tidak mengapalah, mungkin kerja nya begitu penting dari hari gembiraku. Sewaktu aku dan teman-teman sedang sebok mengambil gambar, tiba-tiba Khairul datang ke arahku. Wajahnya seakan sugul. Aku mengambil keputusan untuk berbual-bual dengan Khairul. Die menceritakan hal kehidupannya setelah ketiadaan aku. Aku menangis! Ya aku sedih! Kalau lah aku berkahwin dengan Khairul pasti hidupku menjadi lebih bahagia dan ceria. Aku hilang arah.
Di rumah, aku sering memasak makanan yang digemari Farhan. Nyata, dia amat menyukai masakan ku. Begitulah kata orang tua-tua, air tangan isteri mampu memikat perut suami dan akhirnya memikat hati suami. Tersenyum aku mengingati kata-kata mama dan babah. Namun seperti biasa, farhan jarang sekali memberi respons. Aku hampa lagi.
Diam-diam aku sering keluar bersama dengan Khairul. Ya aku tahu, aku isteri yang derhaka namun aku benar-benar merindui kasih sayang seorang lelaki. Aku berdosa dengan Farhan. Setelah desakan demi desakan dari khairul yang meminta aku untuk bercerai dengan Farhan, akhirnya aku telah membuat keputusan yang muktamad. Aku mengambil keputusan untuk berbincang dengan Farhan tentang niatku itu. Kali ini biar saja aku yang membuat keputusan. Aku sudah besar, sudah tidak perlu meminta keputusan mama dan babah lagi.Setelah mendengar niat ku itu, Farhan hanya mengangguk, lalu dia bertanya sebab-sebab aku mahu berpisah. Lalu aku menceritakan kemahuanku, aku ingin dicintai, aku ingin sekali bergurau mesra dengan suamiku seperti orang lain. Mendengar kata-kata ku, Farhan tertunduk. menyesal mungkin bisik hatiku.
Tiba- tiba Farhan bersuara. " Apa yang saya tahu, ada seorang wanita yang begitu memikat hati saya sejak saya bersekolah di tingkatan lagi. Namun saya seorang yang amat pemalu hinggakan dia terlepas begitu saja. Sewaktu kami di tingkatan enam, saya memasuki kelas sains, kelas yang pelajar-pelajarnya tidak terlalu terkenal kerana digelar skema, namun dia pula menjadi kegilaan ramai jejaka. Saya cuba untuk menjadi begitu menonjol dihadapannya, nyata saya tidak mampu. Di situ saya terlepas lagi. Setelah habis belajar di luar negara, umi dan abi menyampaikan satu berita bahawa saya akan diikat dengan seorang gadis senegeri. Ternyata gadis itu adalah Sabrina, wanita yang begitu saya cintai sejak tingkatan 1 lagi". Begitu mendengar kata-katanya...aku terkejut. Lalu disambung lagi kata-katanya " saya dan awak berada di satu bandar yang sama namun kerana terlalu pemalu, saya tidak berani mengajak awak keluar bersama-sama saya. Mungkin awak sudah lupa, suatu hari ada seorang pelayan menunjukkan awak sebuah pinggan mi goreng yang telah habis, di atas pinggan yang berminyak itu terukir perkataan ' awak cantik hari ni'.....mungkin yang ini juga awak telah lupa, sewaktu teman-teman awak mengusik awak di kedai makan, lalu awak memandang ke arah saya...masa itu saya juga memandang ke arah awak cuma pada masa itu awak tidak nampak sebab terhalang dengan seorang kawan saya yang tubuhnya agak besar. Pada waktu itu, cinta dan hati saya hanya untuk awak. Setelah kita diijabkabulkan, saya mengucup dahi awak. Sewaktu saya mengucup dahi awak, saya berbisik sesuatu tapi awak tidak dengar kerana pada waktu itu hanya suara usikan sahaja yang kedengaran...awak tahu tak apa yang saya bisikan? Saya cakap yang saya sayangkan awak. Mungkin dalam tempoh perkahwinan kita, saya tidak pernah mengucapkan kata-kata sayang saya pada awak. Tapi sedar tak awak, tidak pernah ada sehari pun sewaktu awak tidur, kepala awak berada dibantal, ianya pasti berada di lengan saya. Ya! Saya mengangkat kepala awak ke lengan saya setiap kali awak tidur. Awak juga mungkin tidak sedar, setiap kali awak membuat kuih kegemaran saya, pada waktu itu tangan awak diselaputi oleh tepung, rambut awak terjatuh ke muka dan saat itu saya menyilak rambut awak kebelakang dengan penuh rasa cinta. Mungkin awak sudah lupa, sehari sebelum hari konvokesyen awak, saya ada menyatakan hasrat saya bahawa saya menginginkan seorang zuriat dari awak, tapi pada waktu itu awak sedang sebok mengemas pakaian awak sehinggakan suara saya itu seakan tidak didengari oleh awak". Kali ini air mata aku memang tidak dapat dibendung lagi, sedih sangat-sangat sedih. " Lihat luka di kepala saya ni, pernah tak awak tanya kenapa tiba-tiba kepala ni terluka?" Aku menggeleng... " Pada hari konvokesyen awak, saya cuba habiskan meeting secepat yang mungkin namun di pertengahan jalan, saya hampir-hampir saja terlanggar sebuah lori namun saya cepat mengelak lalu terlanggar penghadang jalan. Tapi awak, saya tetap pergi ke konvokesyen awak. Waktu saya sampai, saya nampak awak sedang gembira bersama dia".
"Saya mungkin terlalu pemalu untuk menyatakan rasa sayang saya pada awak dahulu, sehinggakan saya kehilangan awak. Tapi saya tidak mahu kehilangan awak buat kali yang kedua. Mungkin awak tidak sedar, perbuatan saya menunjukan bertapa kasihnya saya pada awak. Sabrina, saya mencintai awak bukan dengan kata namun dengan rasa".

Ya Allah, bertapa butanya aku! kini baru aku sedar, cinta itu bukan semata-mata dengan kata-kata namun cinta itu adalah rasa. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku tidak terlambat untuk tersedar. KITA TIDAK AKAN SEDAR APA YANG KITA MILIKI SEHINGGALAH IA HILANG DAN KITA TIDAK AKAN SEDAR APA YANG KITA RINDUI SEHINGGALAH IA DATANG.

11/15/10

ceritera seorang gadis

kehidupan adalah dimana belajar untuk menerima kenyataan dan takdir Allah. kenyataan dan kenangan...2 bnde yg harus kite lalui. tidak akan hilang walaupun kita hilang ingatan. kerana kenangan akan tercipta sesaat selepas sesuatu berlaku. manakala kenyataan pula.....amat pahit tapi harus kita terima. jadi..kita sebagai manusia harus belajar untuk menerima kenyataan meskipun pahit untuk ditelan.....atau terlalu manis untuk diluahkan. sesuatu yang kita punyai..suatu hari nanti juga akan berlalu. aku....manusia yang tidak pernah belajar untuk menerima kenyataan..manusia yang cuba lari dari kenangan. maaf..aku masih hambaNya...cuma kadang2 aku lupa bahawa aku harus menerima qada' dan qadar Nya. dari kecil sehingga aku dewasa, aku tidak pernah bertemu dengan lelaki yang sempurna. ada yang cacat akal nya sehingga sewenang2 memukul isteri dan anak2, ada yang kadang2 hilang ingatan kerana tiba2 meninggalkan aku tanpa sebarang sebab dan alasan yang kukuh, ada juga yang tidak terkawal nafsunya sehingga meragut mahkota kesucian seorang gadis. kasihan aku kerana hidup dikalangan mereka...MANUSIA2 CACAT!! namun siapalah aku untuk menentukan apa yang bakal berlaku dalam hidup. sudah puas aku menempuh onak dan duri, lautan bergelora..namun aku masih lagi dikelilingi oleh mereka yang CACAT. aku tidak pernah meminta untuk dipukul, ditinggalkan atau diperkosa...anda juga pasti tidak pernah meminta semua itu kan? aku juga selalu berdoa, bersujud pada yang maha esa untuk berikan aku kebahagiaan hidup...tp sering kali aku diuji sehingga lemah hati ku. namun aku masih mampu untuk menerima ujian ini...arwah emak ckp.... Allah takkan menguji hambaNya dgn ujian yang hambaNya tidak mampu untuk tempuh. maknanya..ujian yg Allah beri pada aku ini, adalah ujian yang aku mampu untuk pikul. arwah emak cakap lagi, bila kita diuji, tandanya Allah mengingati kita. Masyaallah......Aku sangat merindui detik dimana emak pimpin tangan aku dan bawa aku ke sekolah. Aku seringkali menangis kerana tidak mahu pegi ke sekolah. emak cakap, simpan lah air mata itu, kerana bila aku dewasa aku akan mengalirkan air mata dengan terlalu banyak. dan boleh jadi, air mata itu akan dibuang untuk mereka yang tidak berperikemanusiaan. sangat membazirkan...ya sangat membazir. tetapi apa yang aku mampu lakukan, berserah dan terus berserah pada takdir. air mata itu peneman hidupku. suatu hari, sebelum emak pergi dia ada memberitahu aku... sekuat mana pun seorang perempuan dia pasti akan menangis. emak cakap lagi, sentiasa lah menghargai kehidupan kerana setiap yang berlaku ada sebab nya. Allah pasti akan hadiahkan pelangi selepas hujan. pada masa itu, aku menangis bukan kerana kata-kata emak tetapi kerana pemergian emak. bila aku dewasa, aku kembali menangis, bukan kerana pemergian emak, tetapi terharu mengenangkan bertapa tabah dan gagah nya emak menghadapi pahit getir sebuah hidup dimana emak terpaksa mengendong roh seorang perempuan yang selalu ditawan oleh keganasan seorang lelaki CACAT ditubuhnya. Namun aku tidak pernah melihat sekalipun air mata emak jatuh ke bumi kecuali seminit sebelum pemergiannya. bertapa gagahnya emak.
Aku bukan lah seorang yang pandai, tapi kawan-kawan sekolah dulu selalu cakap yang aku mampu untuk teruskan hidup walaupun aku mempunyai terlalu banyak masalah . aku tersenyum mendengar kata-kata mereka. apabila aku masuk ke universiti, aku seolah-olah manusia yang tiada masalah. aku ketawa apabila aku gembira dan menangis apabila aku bersedih. mereka tidak tahu kisah hidupku. aku lahir sebagai anak gadis yang tidak pernah lekang dari masalah. tidak, aku tidak pernah mencipta masalah, tetapi LELAKI-LELAKI CACAT ini sering memberiku kepayahan hidup. mereka mencorakkan kebencian dalam hidupku. aku bukan lah seorang yang berani, aku hidup dalam ketakutan dan kebencian terhadap mereka. andai aku mampu putar seluruh hidup ku, pasti aku sudah robek dada mereka, keluarkan satu persatu jantung dan hati mereka. orang seperti mereka tidak layak untuk memiliki hati.
akus ering cemburu dengan teman-teman ku. selalu ada teman disisi mereka. aku? aku tidak layak berteman. aku kotor, aku jijik dengan diriku sendiri. apa yang akan aku jawab jika suatu hari nanti setelah aku bernikah suamiku mengetahui bahawa aku sudah tidak suci? apa yang akan aku jawab? sudah!! aku benci dengan mereka, aku benci cinta. kerana cinta aku bertemu dengan LELAKI CACAT!! kerana cinta dia perkosa aku!! kerana cinta juga aku hidup dengan penuh kebencian. tapi aku masih ingat lagi, suatu hari aku bertanya kepada ustaz, adakah wanita yang diperkosa itu tidak suci? lalu ustaz menjawab, siapakah kita untuk mengadili hidup manusia yang lain? siapakah kita untuk berbicara tentang kesucian makhlukNya? siapakah kita untuk menghukum kesalahan manusia lain? kita bukan siapa-siapa.... kita sama-sama hamba yang menumpang. jika hendak dibicarakan tentang kesucian, tiada manusia yang suci selain rasul dan nabi. Allah itu yang maha mengetahui, Dia saja yang boleh meletakkan kesucian pada hambaNya. aku tergamam dengan kata-kata ustaz. sungguh, kata-kata LELAKI YANG SEMPURNA berbeza sungguh dengan kata-kata LELAKI CACAT. mereka berkata menggunakan akal bukan nafsu.
kini aku menjadi lebih matang. kadangkala, seperti tubuhku dirasuki roh emak. aku menjadi seorang yang tenang dan tabah. aku cuba menjadi wanita yang kental. mengenali dunia tanpa kebencian dan rasa rendah diri. aku akui, kadang-kadang aku terjatuh juga. namun ya Allah, kerana Kau aku merasa nikmat hidup, dan aku berharap kerana Kau juga aku mampu berjumpa pelangi di kemudian hari. terima kasih ya Allah.

10/14/10

cintaku xkan berubah

saya sayang awak bila:
awak banyak duit
awak cukup perfect
awak de banyak aset...... :)

saya cinta awak bila:
poket awak penuh
sluar awak xlusuh
bila awak de high status ;)

saya rasa awak menarik bila:
awak belikan saya baju
awak layan saya mcm ratu
awak belikan saya ini dan itu.... ;p

tapi......

saya tetap sayangkan awak bila....:
awak dah tiada apa untuk berikan pada saya
awak rasa rendah diri bila kita berdua
awk da xde ape untuk diberikan bila kite bersama.....

saya masih cintakan awak bila:
keceriaan awak pergi perlahan-lahan
senyuman awak hilang dihambat kesedihan
tawa awak sepi ditiap pertemuan....

saya masih merasakan yg awak menarik kerana:
awak masih bersama disisi saya waktu saya berasa sepi
awak masih setia diwaktu saya kecewa
awak masih menanti disaat saya ingin pergi.....

semakin lelah aku mencintaimu,semakin kuat rasanya rasa cintaku..... dan aku mencintaimu bkn kerana apa yang telah kau berikan....tetapi kerana semua yg telah kau sempurnakan....

9/24/10

saya sayang awak....!!!! awak sayang saya tak?????

hari ini hari saya...esok hari awak.....jadi bila sampai hari awak...seksa lah saya...sebab masa tu..saya dah tak mampu untuk wat pape lg....."Gomen ne... Watashi wa anata o aishite suru koto ga dekimasendeshita..... Watashi no warui" :(
kalau saya mampu untuk beri seluruh jiwa dan raga saya pada awak,tentu saya dah beri sume 2....tp saya manusia biasa...saya tak mampu untuk berikan semua yg awak minta."if my love make you feel pain,let me put a thousand of smile inside your heart and if my love make you feel like nothing,let me put a millions of tears because when you have the tears you will know what love for...."
apa yg saya mampu akan saya berikan pada awak.saya tidak secantik mana..saya tdk sesuci mana...tp apa yg cube sy beri hanyalah cinta......cinta itu saya ikhlas untuk letakkan nama awak.kesakitan yg saya rasa mgkin tdk sesakit yg owg lain rasa....saya mgkin tdk pernah merasakan cinta yg sesakit yg owg lain penah rasa....tp saya yakin...selagi ujian itu masih diberikan pada manusia....mereka akan merasa kesakitan yg amat dalam dlm hidup mereka.Allah hanya akan menguji ditahap yg hambaNya mampu utk terima.....saya sayang awk....tp saya xblh nak wat pape lg....segala usaha 2 xkan mgkin berhasil lg....sekuat mana pun cinta saya pada awk....anggaplah hanya usikan bodoh dri saya.saya pasti...awk juga merasakan cinta saya...cume awk tdk mampu utk mencintai saya lg....saya xtaw nape....nape awk putuskan saye....saye sayang awk...sayang awak sgt2.....sayang sgt2 kat awak...cubela dgr luahan hati saya....takde ape lg yg blh saye ckpkan lg...sbb saye mencintai awk kerana Allah.walaupon awk seburuk mane...seteruk mane....saye still cintakan awk...sungguh!!
untuk apa mencintai jika niat utk melukakan....untuk apa bersama jika niat utk berpisah....untuk apa rasa sayang 2 kalau akhirnya benci yg awak luahkan......skang...saya dah xtaw nk watpe lg....saye dah xde kekuatan utk menerima owg lain dlm hidup saye.saye penah dgr mcm2 cerita sebelum ni...mcm ne seseorang 2 xmampu utk menerima cinta lain dl hdp mereka.bodohkan mereka....cinta blh dicari...akhirnya sy harus akui...saya yg bdh....saya yg xmampu utk menerima kenyataan bahawa awk dah xmencintai saye lg...saya xkan mgkin blh lupe awk....biarlah seratus tahun lg....selagi saye hdp...saye akan trus berdoa agar awk jd milik saye selamanya.
awak penah dgr x owg ckp....cinta itu lahir dri hati...mekar dlm jiwa namun pasti akan berakhir dgn air mata....awak...kalau blh sy nak sgt air mata 2 air mata yg gembira....walau dgn siapa pun awk bersama....saya selalu doakan awk bahagia.bukan kerana saya rela melihat awk bersama owg lain....tp saye suke lihat senyuman awk.....senyuman awk yg wat saye makin hari makin mencintai awk.awk mgkin xsedar..senyuman awk dah wat saye jatuh cinta pada awk.

9/7/10

lalallalalalala.......

hari ni hari 28 umat islam puase.xsgke da nk abes da puase...best ade xbest pon ade.yela..bln pose ni hantu setan xde ....soaku cool je bukak tgkap mlm2.....pas ni ade lek....ui takut...da la aku ni slalu nmpak mcm2 yg pelik.huhuhuhu...yg best nye sbb da nk raye.....tp 2 la....mcm2 kne pikir la ni.ssh ati aku dubuatnye....skang aku da de bf...tp 2 la.....aku kapelpon sbb die ske kat aku.owg kate...pilihla owg yg lbh mencintai kite...so die akan jge kite sepenuh ati......aku try tp ssh la.aku still teringt yg lame...npe ntah aku pon xtaw la.sdh pening ini keple memikirkan sume bnde yg xsht ni...huhuhuhu........aku skang jait manik...best2...cun gak aku jait..huahuahua........

8/8/10

salam.....
sedar xsedar...da 21 umur aku kan....ahahhaha.....asal tibe2 nk ckp sal umur ni...?padahal birthday dah lame da kan.hm...xla...teringt kat farhan.....da lame aku knl die kan.haih..name die lg....kalau die bace blog ni.....sure bangga die....cet!!benci nye.erk...kenyang tol aku rase hr ni.td g uitm....g la karnival jap.teman kk nyanyi then g la shoping makanan.ahahahha.....aku beli ayam peberet aku...kepak ayam percik n tongkeng ayam...ahhaaha...sgt lazat!!!!patut la mulut aku ni makin dasyat melaser.....kuantiti bontot ayam yg aku mkn da makin byk rupenya..wa.....aien aien...lu sgt dasyat ma...hehehehhehe.aku rse makin byk aku mkn...aku da leh joint kak engku da ni.kikikiki.... :)mlm td mimpi nan ade awek lain...then bile aku terjage tros aku msg die.huhuhuhu...siap kuar air mate lg mase aku terjage 2.sedih la konon nye.ahahhahaaha poyo je kan.ni lg 1 hal..facebook aku....asal la aku asek nak post jiwang2 je kat wall aku....adeh.t owg cop aku sbg minah jiwang lak(minah 2 name opah aku taw) ;).now listen takdir dan waktu.hakhakhak..jiwang kan cik aien skang ni.yeah....saye mmg jiwang...so what???lagu yg xabes aku ptr= hakikat cinta by dayang......hihihihih...siap wat movie maker lg kot.jiwang la sgt ye cik aien.aku dpt bygkan xlame lg aku akan kurus la.why??sbb skang aku dgn kk asek mengembare je.semalam jalan dr tapak psr mlm ke apartmen slame 1jam = 4km.gilak kamu aien???xgila sgt r.....meroyan kejap je.nsb bek de beli tembikai laici....(walaupon wha masam sket rasenye)...basah gak la tekak aku ni ha.td lak bus just stop kat raffic light dpn uitm je....terpkse la kami wat muke xmalu call maya.hihihi...sowie maya.aha...yong taufu aku xmkn lg...perut da kenyang ni.td aja bwk bihun dri umah.....dah la amat lazat...so terpkse la sy melantak 2pinggan.bkn slh sye...slh mak aja la...sape soh msk sdp2.kan kan kan....ahahahahahaha...;p.uit...hr ni rase syg lak kat nan.hehehe....tp still rindu kat farhan....hish...farhan lg.what can i do....hehhehe....

7/25/10

saya milik awak

bila saya sayang awak.... saya taknak terlalu menyayangi awak.... takut bila awak dah tak sayang saya... kasih sayang tu menjadi terlalu dalam. bila saya mencintai awak... saya taknak terlalu mencintai awak.. takut bila awak tinggalkan saya... cinta tu akan membunuh saya. bila awak menjadi terlalu beharga buat saya... saya taknak terlalu mengangkat awak.... takut bila awak khianati saya... saya tak tau cara untuk membenci awak. bila saya membenci awak... saya taknak benci itu terlalu tinggi.. takut bila benci bertukar sayang.... saya tak nampak kejahatan awak. bila saya merindui awak... saya taknak terlalu rindukan awak.. takut kalau kita berjauhan terlalu lama.. air mata saya akan menitis tanpa henti. bila saya menangis kerana awak... saya taknak air mata tu terbiar terlalu lama... takut air mata tu menjadi sia-sia.... sebab mak kata air mata terlalu berharga untuk seorang insan. "u asked me who life is more important.....u or me...and i answer my life.u walk away and never realize that u is my life." "seorang wanita bertanya pada kekasihnya mengapa dia dicintai?lalu kekasihnya berkata kerana wanita itu memiliki mata yang indah.suatu hari wanita itu kemalangan dan menjadi buta.lalu dia bertanya kepada lelaki itu adakah dirinya masih dicintai walaupun buta?lalu lelaki itu menangis dan lalu berkata bahawa dia mencinta wanita itu bkn kerana matanya tetapi kerana hatinya.." "kalau kita tak mampu untuk miliki apa yg kita sukai sekurang kurangnya sukai lah apa yg kita miliki." "They say past is past.We need to move on to see the future.But how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future."

_nur ain_

7/23/10

ingat la saya selalu....

pabila awak semakin melupakan saya....
ingt la saat2 pabila awak selalu memikirkan saya......

pabila awak sering meluka kan saya...
ingtla saat di waktu awak sering memanjakan saya....

pabila awak semakin jauh dari saya...
ingt la saat2 pabila awak sering di sisi saya.....

pabila awak semakin membenci saya....
ingt la pada waktu kita saling meluahkan rasa cinta...

pabila awak mula meninggalkan saya...
ingt la saat2 dimana awak datang kepada saya....

pabila cinta awak pada saya mulai pudar...
ingt la pada waktu cinta kita sedang mekar....

pabila awak mulai membelakang kan saya....
ingt la disaat saya adalah segalanya....

pabila kaki awak mula melangkah pergi...
ingt la selalu....tiada seorang pun yg mampu menyayangi awak,mencintai awak,membahagiakan awak selain saya.

pabila hati saya mulai terluka....
ingt la selalu bahawa saya la satu satunya bintang yg paling bersinar....

"when u can smile now...don't ever u stop from do that thing...because once u stop...u will lost it forever. everything will be ok in the end...if it's not ok....it's not the end..."

_nur ain_



7/15/10

satu hari nanti...

Kalau ada satu hari lagi
Ruang dan waktu yang kumiliki
Kalau ada satu hari lagi
Mungkin kelmarin kau takkan pergi


Memang salah ku
Maafkan aku
Biarlah semua berlalu, dan ku
Hampir terlena dengan lalaiku
Menghayun buaian asmara mu

Kalau ada satu hari lagi
Akan ku hangatkan kedinginanmu
Kalau ada satu hari lagi
Renunglah mataku untuk hakiki



Jangan dihakis sisa-sisa
Apa yang masih ada
Belum masanya
Untuk aku melepaskan jemarimu
Aku merayu

Kalau ada satu hari lagi
Berikan diriku kepastian mu
Kalau ada satu hari lagi
Segala kucurah adalah janji



Kalau ada satu hari lagi
Ruang dan waktu yang kumiliki
Kalau ada satu hari lagi
Renunglah mataku untuk hakiki

warkah dari wanita

awak...
semalam awak ckp awak syg pada saye......
awak taw tak betape happy nye saye mase 2......
hanye kite je yg dpt mrase perasaan 2..
awak janji...awak akan jage saye...awak akan berada dekat di hati saye...kalau saye kesunyian....
awak ckp...dgn awak..saye akan happy...awk soh sy lupekan die.....awk ckp slagi saye dgn die...sy akan terseksa....ckp awak betul.....dgn awak...hati saye tenang je...
tp awak...makin lame awak seakan jauh dr hati sye.....bile sy tanye awak....awak ckp mane ade....awak ckp awk masih disitu.saye senyum....happy je dlm ati sy ni... :).awak...saye cintakan awak sgt2.......tp knp.....awak x tunaikan jnji2 awk.......

jangan bilang tidak

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak

5/10/10

cintai aku......


salam..hi all....ahahahahha.....
penat2!!!after exam kene stay kolej for 3 day tok wat proposal....ahahaha...tension je.owg da siap leh mkn rambutan kt kg lg...aku tercongok dkt kolej lg.dah r curi2 dok sni..sbb da wat clearence.heheheheh.....td download lagu tilu.syiok gak lagu die 2.
(lirik)
Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu *Koleksi Lirik Lagu-Lagu Melayu Di http://mylirik.com

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu


aku mmg ske lagu ni sejak 1st time aku dgr.menarik la.suare tilu pon leh tahan gak.aha....ni la lagu yg aku akan putar smpai beratus kali.ahahahha...well...lagu ni wat aku teringat kat farhan.ntah nape...hati rasa sayu je bila aku teringat die.aku tau...aku cukup mengerti ape yg hati aku rasakan skang ni.aku mmg masih mengingati farhan.tp aku xpasti..adakah aku masih mencintai die.aku harap x.sbb aku xnak hidup dibayangi kisah cinta 1tahun yg xkesampaian 2.tp ntah kenapa....walaupon 1 tahun..kesan 2 mendalam sgt.smpai ke hr ni.walaupon da hampir 2tahun berlalu.pelik kan....kenapa aku masih cintakan die,sdgkan kami bercinte hanye 1tahun,berjumpa sekali je.bile tgk die on9 kat fb...aku sedih.xtaw nape.die xpenah cari aku...smpai skang sejak kitowg jmpe setahun lalu.skang..aku xpenah rasa disayangi lg....yg dtg pergi secepat mgkin....sedih??mmg aku sedih...uhuuuuuuuuuuuuuuu