11/15/10

ceritera seorang gadis

kehidupan adalah dimana belajar untuk menerima kenyataan dan takdir Allah. kenyataan dan kenangan...2 bnde yg harus kite lalui. tidak akan hilang walaupun kita hilang ingatan. kerana kenangan akan tercipta sesaat selepas sesuatu berlaku. manakala kenyataan pula.....amat pahit tapi harus kita terima. jadi..kita sebagai manusia harus belajar untuk menerima kenyataan meskipun pahit untuk ditelan.....atau terlalu manis untuk diluahkan. sesuatu yang kita punyai..suatu hari nanti juga akan berlalu. aku....manusia yang tidak pernah belajar untuk menerima kenyataan..manusia yang cuba lari dari kenangan. maaf..aku masih hambaNya...cuma kadang2 aku lupa bahawa aku harus menerima qada' dan qadar Nya. dari kecil sehingga aku dewasa, aku tidak pernah bertemu dengan lelaki yang sempurna. ada yang cacat akal nya sehingga sewenang2 memukul isteri dan anak2, ada yang kadang2 hilang ingatan kerana tiba2 meninggalkan aku tanpa sebarang sebab dan alasan yang kukuh, ada juga yang tidak terkawal nafsunya sehingga meragut mahkota kesucian seorang gadis. kasihan aku kerana hidup dikalangan mereka...MANUSIA2 CACAT!! namun siapalah aku untuk menentukan apa yang bakal berlaku dalam hidup. sudah puas aku menempuh onak dan duri, lautan bergelora..namun aku masih lagi dikelilingi oleh mereka yang CACAT. aku tidak pernah meminta untuk dipukul, ditinggalkan atau diperkosa...anda juga pasti tidak pernah meminta semua itu kan? aku juga selalu berdoa, bersujud pada yang maha esa untuk berikan aku kebahagiaan hidup...tp sering kali aku diuji sehingga lemah hati ku. namun aku masih mampu untuk menerima ujian ini...arwah emak ckp.... Allah takkan menguji hambaNya dgn ujian yang hambaNya tidak mampu untuk tempuh. maknanya..ujian yg Allah beri pada aku ini, adalah ujian yang aku mampu untuk pikul. arwah emak cakap lagi, bila kita diuji, tandanya Allah mengingati kita. Masyaallah......Aku sangat merindui detik dimana emak pimpin tangan aku dan bawa aku ke sekolah. Aku seringkali menangis kerana tidak mahu pegi ke sekolah. emak cakap, simpan lah air mata itu, kerana bila aku dewasa aku akan mengalirkan air mata dengan terlalu banyak. dan boleh jadi, air mata itu akan dibuang untuk mereka yang tidak berperikemanusiaan. sangat membazirkan...ya sangat membazir. tetapi apa yang aku mampu lakukan, berserah dan terus berserah pada takdir. air mata itu peneman hidupku. suatu hari, sebelum emak pergi dia ada memberitahu aku... sekuat mana pun seorang perempuan dia pasti akan menangis. emak cakap lagi, sentiasa lah menghargai kehidupan kerana setiap yang berlaku ada sebab nya. Allah pasti akan hadiahkan pelangi selepas hujan. pada masa itu, aku menangis bukan kerana kata-kata emak tetapi kerana pemergian emak. bila aku dewasa, aku kembali menangis, bukan kerana pemergian emak, tetapi terharu mengenangkan bertapa tabah dan gagah nya emak menghadapi pahit getir sebuah hidup dimana emak terpaksa mengendong roh seorang perempuan yang selalu ditawan oleh keganasan seorang lelaki CACAT ditubuhnya. Namun aku tidak pernah melihat sekalipun air mata emak jatuh ke bumi kecuali seminit sebelum pemergiannya. bertapa gagahnya emak.
Aku bukan lah seorang yang pandai, tapi kawan-kawan sekolah dulu selalu cakap yang aku mampu untuk teruskan hidup walaupun aku mempunyai terlalu banyak masalah . aku tersenyum mendengar kata-kata mereka. apabila aku masuk ke universiti, aku seolah-olah manusia yang tiada masalah. aku ketawa apabila aku gembira dan menangis apabila aku bersedih. mereka tidak tahu kisah hidupku. aku lahir sebagai anak gadis yang tidak pernah lekang dari masalah. tidak, aku tidak pernah mencipta masalah, tetapi LELAKI-LELAKI CACAT ini sering memberiku kepayahan hidup. mereka mencorakkan kebencian dalam hidupku. aku bukan lah seorang yang berani, aku hidup dalam ketakutan dan kebencian terhadap mereka. andai aku mampu putar seluruh hidup ku, pasti aku sudah robek dada mereka, keluarkan satu persatu jantung dan hati mereka. orang seperti mereka tidak layak untuk memiliki hati.
akus ering cemburu dengan teman-teman ku. selalu ada teman disisi mereka. aku? aku tidak layak berteman. aku kotor, aku jijik dengan diriku sendiri. apa yang akan aku jawab jika suatu hari nanti setelah aku bernikah suamiku mengetahui bahawa aku sudah tidak suci? apa yang akan aku jawab? sudah!! aku benci dengan mereka, aku benci cinta. kerana cinta aku bertemu dengan LELAKI CACAT!! kerana cinta dia perkosa aku!! kerana cinta juga aku hidup dengan penuh kebencian. tapi aku masih ingat lagi, suatu hari aku bertanya kepada ustaz, adakah wanita yang diperkosa itu tidak suci? lalu ustaz menjawab, siapakah kita untuk mengadili hidup manusia yang lain? siapakah kita untuk berbicara tentang kesucian makhlukNya? siapakah kita untuk menghukum kesalahan manusia lain? kita bukan siapa-siapa.... kita sama-sama hamba yang menumpang. jika hendak dibicarakan tentang kesucian, tiada manusia yang suci selain rasul dan nabi. Allah itu yang maha mengetahui, Dia saja yang boleh meletakkan kesucian pada hambaNya. aku tergamam dengan kata-kata ustaz. sungguh, kata-kata LELAKI YANG SEMPURNA berbeza sungguh dengan kata-kata LELAKI CACAT. mereka berkata menggunakan akal bukan nafsu.
kini aku menjadi lebih matang. kadangkala, seperti tubuhku dirasuki roh emak. aku menjadi seorang yang tenang dan tabah. aku cuba menjadi wanita yang kental. mengenali dunia tanpa kebencian dan rasa rendah diri. aku akui, kadang-kadang aku terjatuh juga. namun ya Allah, kerana Kau aku merasa nikmat hidup, dan aku berharap kerana Kau juga aku mampu berjumpa pelangi di kemudian hari. terima kasih ya Allah.

No comments:

Post a Comment